
AMSTERDAM: Kejadian tembakan di bandar Utrecht, Belanda “seperti serangan pengganas”, kata ketua agensi anti-pengganas negara itu hari ini.
Media Belanda, NOS berkata Pieter-Jaap Aalbersberg membuat penilaian itu selepas beberapa orang ditembak dalam tram di wilayah Utrecht.
Kerajaan Belanda menaikkan paras ancaman terorisme di Utrecht ke tahap tertinggi susulan kejadian tembakan dalam sebuah tram.
Penyelaras Anti-Terorisme Kebangsaan berkata tahap amaran dinaikkan kerana penembak masih berkeliaran.
Keselamatan juga ditingkatkan di sekolah, masjid dan hab pengangkutan selepas kejadian itu.
Polis Belanda percaya seorang individu maut dan beberapa lagi cedera.