Tembakan di bandar Belanda, beberapa orang cedera

Tembakan di bandar Belanda, beberapa orang cedera

Polis mengepung dataran di sebuah stesen tram di Utrecht.

(AFP pic)
AMSTERDAM:
Polis Belanda berkata beberapa orang cedera hari ini dalam satu kejadian tembakan di tram di bandar Utrecht.

Polis belum terima butiran lanjut mengenai kejadian itu dan tidak boleh pastikan betapa teruk kecederaan mangsa.

“Beberapa tembakan dilepaskan dalam sebuah tram dan beberapa orang cedera. Helikopter berada di tempat kejadian dan tiada tangkapan dibuat,” kata jurucakap polis, Joost Lanshage.

Media tempatan, RTV Utrecht memetik saksi berkata dia ternampak seorang wanita terbaring dalam suatu konfrontasi. Beberapa orang melarikan diri daripada tempat kejadian, kata saksi.

Polis Utrecht berkata stesen tram “21 Oktober” yang terletak di luar pusat bandar dikepung kerana perkhidmatan kecemasan berada di tempat kejadian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.