Adun Sementa dilantik timbalan speaker baru DUN Selangor

Adun Sementa dilantik timbalan speaker baru DUN Selangor

Daroyah Alwi mengangkat sumpah hari ini bagi menggantikan Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman yang dilantik sebagai exco Selangor pada 10 Disember lalu.

Daroyah Alwi ialah Adun Sementa.
SHAH ALAM:
Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi hari ini dilantik sebagai timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Selangor bagi penggal ke-2 DUN ke-14.

“Memandangkan Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dilantik sebagai ahli mesyuarat kerajaan negeri Selangor, maka dewan negeri boleh memilih seorang ahli lain sebagai timbalan speaker,” kata Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim sambil mengumumkan nama wakil rakyat PKR, Daroyah sebagai timbalannya.

Sementara itu, calon Barisan Nasional, Zakaria Hanafi pula mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat, selepas memenangi pilihan raya kecil DUN Semenyih pada 2 Mac lalu.

Istiadat mengangkat sumpah itu dilakukan sebelum Sultan Selangor menyampaikan ucapan bagi pembukaan persidangan penggal ke-2 DUN Selangor ke-14.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.