Beri peluang pembangkang jadi timbalan speaker, cadang Ahli Parlimen Parit Buntar

Beri peluang pembangkang jadi timbalan speaker, cadang Ahli Parlimen Parit Buntar

Mohd Misbahul Munir Masduki, tindakan ini patut diambil jika mahu benar-benar 'reform' Dewan Rakyat

Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) berkata, tindakan membenarkan Ahli Parlimen pembangkang turut menjadi timbalan speaker akan menunjukkan ‘rentas parti’ sebenar oleh kerajaan. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Seorang Ahli Parlimen pembangkang meminta kerajaan memberi peluang kepada mereka untuk menjadi timbalan speaker jika benar-benar mahu melaksanakan pembaharuan dalam Dewan Rakyat.

Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) berkata, tindakan membenarkan Ahli Parlimen pembangkang turut menjadi timbalan speaker akan menunjukkan ‘rentas parti’ sebenar oleh kerajaan.

“Timbalan speaker ada tiga dan (jika) salah satunya daripada pembangkang barulah betul ‘reform’,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025.

“Di dalam Kamar Khas kami diberi peluang jadi speaker … kenapa dalam sidang (Dewan Rakyat) tak diberi peluang?”

Semalam, Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025 yang menjadi asas kepada penggubalan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 diluluskan di Dewan Rakyat.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 bertujuan menubuhkan perkhidmatan Parlimen sebagai suatu entiti yang berasingan daripada perkhidmatan awam.

Perbahasan RUU itu yang berlangsung sejak semalam bersambung hari ini untuk kelulusan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.