Dewan Rakyat tak cukup korum, sidang tangguh 2 minit

Dewan Rakyat tak cukup korum, sidang tangguh 2 minit

Hanya terdapat 22 Ahli Parlimen ketika perbahasan RUU Keterangan Saksi Kanak- Kanak (Pindaan) 2024.

dewan
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor mengarahkan sidang ditangguhkan 2 minit kira-kira 4.30 petang tadi kerana hanya ada 22 Ahli Parlimen dalam Dewan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Sidang Dewan Rakyat ditangguhkan seketika kira-kira 4.30 petang tadi kerana korum Ahli Parlimen bersidang tidak cukup.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ramli Mohd Nor, mengarahkan loceng dibunyikan selama dua minit, menandakan penangguhan, apabila hanya terdapat 22 Ahli Parlimen dalam Dewan.

Perkara itu dibangkitkan Awang Hashim (PN-Pendang) pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Keterangan Saksi Kanak- Kanak (Pindaan) 2024.

Menurut Awang, Peraturan 13(1) Majlis Mesyuarat menetapkan sidang hendaklah dihadiri 26 Ahli Parlimen, tidak termasuk pengerusi.

Selepas dua minit, Dewan kembali bersidang apabila bilangan Ahli Parlimen mencukupi, dimulakan dengan perbahasan RSN Rayer (PH-Jelutong).

Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 15 hari hingga 18 Julai ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.