Pembukaan IKEA Batu Kawan realisasikan impian orang Utara

Pembukaan IKEA Batu Kawan realisasikan impian orang Utara

Gedung perabot terbesar dari Sweden sememangnya dinantikan penduduk Utara Semenanjung

Orang ramai terutamanya penduduk di utara Semenanjung ternyata gembira dengan pembukaan IKEA Batu Kawan.

Dianggarkan lebih 25,000 pengunjung menyerbu gedung perabot dari Sweden itu selepas ia dibuka secara rasmi kepada orang ramai semalam.

Walaupun belum lagi di hujung minggu, namun orang ramai tetap berpusu-pusu menyerbu gedung perabot tersebut.

Malah, pengunjung juga dilihat sanggup beratur panjang dan mahu menjadi antara orang yang terawal menjejakkan kaki mereka ke gedung itu yang mempunyai 49 ruang pameran serta dilengkapi lebih 8,000 kelengkapan rumah.

Selain itu, amat jelas kesesakan lalu lintas yang turut berlaku sepanjang lebih dua kilometer dari pintu masuk ke gedung perabot tersebut.

Pengurus Stor IKEA Batu Kawan, A.Pathmalingam berkata, IKEA Batu Kawan dijangka menarik lebih 1.6 juta pelanggan dalam tempoh lima bulan selepas pembukaannya.

“Jumlah jualan pula dijangka sekitar RM80 juta hingga RM85 juta dalam tempoh lima bulan ini sehingga Ogos.

“Penduduk di negeri ini dan kawasan Utara sudah lama mengidamkan gedung IKEA mereka sendiri dan impian mereka menjadi kenyataan,” katanya.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan turut dihadiri Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Pengarah Urusan IKEA Asia Tenggara, Christian Rojkjaer.

Bagi memastikan kelancaran pelanggan, IKEA Batu Kawan yang merupakan gedung keempat di negara ini turut dilengkapi 1,955 tempat parkir kenderaan selain kemudahan bas ulang-alik percuma antara Design Village yang disediakan dari pukul 11 pagi hingga 9 malam setiap hari.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.