Sesak nafas rupanya gigi tumbuh dalam hidung

Sesak nafas rupanya gigi tumbuh dalam hidung

Masalah pernafasan bukan disebabkan hidung tersumbat rupanya gigi tumbuh dalam hidung.

Gigi tumbuh dalam lubang hidung mungkin pelik didengar tapi itulah yang berlaku terhadap seorang lelaki di Denmark.

Penemuan mengejutkan terhadap seorang lelaki berusia 59 tahun yang mempunyai masalah pernafasan sejak dua tahun lalu, terungkai apabila doktor mendapati sebatang gigi tumbuh dalam lubang hidung lelaki berkenaan.

Menurut doktor, pertumbuhan aneh gigi itu dikenali sebagai gigi tersimpan intranasal berpunca daripada kerosakan fizikal atau masalah ketumbuhan.

Lelaki berkenaan dilaporkan berjumpa dengan doktor pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) di Hospital Universiti Aarhus di Aarhus, Denmark selepas kehilangan deria bau disebabkan hidung tersumbat.

Dalam laporan yang disiarkan jurnal BMJ Case Reports, jelas menunjukkan gigi berwarna putih dalam lubang hidung lelaki yang tidak dinyatakan nama itu.

Pada awalnya, doktor di hospital terbabit hanya membekalkan lelaki itu dengan steroid hidung bagi mengurangkan bengkak tetapi kesakitannya berlanjutan lalu dia berjumpa dengan Dr. Milos Fuglsang.

Fuglsang dalam laporan menyatakan, pemeriksaan mendapati hidung lelaki itu bengkok ke satu sisi dan terdapat ketumbuhan dalam rongga hidungnya seterusnya mengambil keputusan untuk membedahnya.

Melalui pembedahan itu Fuglsang mendapati ketumbuhan berkenaan ialah gigi yang tidak dapat dipastikan bagaimana boleh tumbuh dalam lubang hidung.

“Lelaki itu pernah patah rahang dan hidung ketika muda yang memerlukan pembedahan pembinaan semula,” katanya.

Lelaki itu pulih selepas sebulan gigi berkenaan dikeluarkan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.