Bapa kreatif…taktik baru untuk tidurkan anak

Bapa kreatif…taktik baru untuk tidurkan anak

Bapa semakin kreatif dalam mengasuh anak

Siapa kata seorang bapa tidak boleh menjaga anak malah terbukti apabila semakin hari bapa mula mengambil alih tugas seorang ibu dalam mengasuh anak mereka.

Ada masa kreativiti seorang bapa langsung tidak terlintas di fikiran sesiapa namun itulah yang berlaku apabila bapa akan mencuba apa sahaja dalam menenangkan atau mengajar anak mereka.

Video terbaru yang viral ini menunjukkan seorang bapa yang terlampau penat dan mahu tidur, menggunakan kreativitinya melukis mata palsu pada kelopaknya supaya anak lelakinya menyangka dia masih berjaga.

Gelagat dua beranak itu dibuai mimpi sambil diiringi lagu ‘lullababy’ bagi mendodoikan anaknya dipercayai dirakam oleh ibu bayi berkenaan dan ia adalah antara kompilasi video lucu bapa menjaga anak mereka yang dimuat naik portal China K618.cn.

Berdasarkan video itu, bayi berkenaan tertidur manakala bapanya yang menyumbat kedua telinganya dengan tisu sudah nenyak tidur.

Sejak dimuat naik di Weibo Isnin lalu, kompilasi itu sudah ditonton lebih 4.17 juta kali.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.