
Menteri Baru Bian dalam kenyataan hari ini berkata, Tian Chua memiliki pengalaman luas, berperwatakan dan berprinsip selain aktif dan mempunyai hubungan baik dengan badan bukan kerajaan dalam dan luar negara.
Tian Chua, 55, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian daripada Universiti Sydney, Australia (1984-1986) dan Ijazah Sarjana Muda (Sejarah & Falsafah Sains), Universiti New South Wales, Sydney, Australia (1989) selain memperoleh Sarjana Sastera (Penggajian & Pengajian Buruh) daripada Institut Pengajian Sosial, The Hague, Belanda, pada 1994.
Antara anugerah yang pernah diterima beliau adalah Malaysian Human Rights Fellowship daripada Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM) pada 1998 dan Anugerah AIF Rose daripada Persekutuan Buruh Kebangsaan Denmark pada 2003 atas usaha memperjuangkan hak pekerja di Malaysia.