Gaji minimum RM1,100 terlalu tinggi bagi sesetengah sektor, kata menteri

Gaji minimum RM1,100 terlalu tinggi bagi sesetengah sektor, kata menteri

Menteri sumber manusia berkata, ada majikan yang perlu mengurangkan jumlah pekerja atau menamatkan perniagaan kerana tidak mampu memberi gaji minimum kepada pekerja.

M Kulasegaran berkata, akan ada gaji minimum berbeza bagi sektor seperti perladangan, hotel dan kedai kopi.
KOTA KINABALU:
Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata, kerajaan akan mengkaji gaji pokok lebih “relevan” bagi sektor tertentu kerana RM1,100 terlalu tinggi bagi sesetengah sektor.

Beliau berkata, ini bermakna akan ada gaji minimum berbeza bagi sektor seperti perladangan, hotel dan kedai kopi.

Katanya, perkara itu memerlukan lebih banyak kajian sebelum dibawa ke Kabinet untuk pertimbangan.

Terdahulu, Kulasegaran mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Majikan Malaysia cawangan Sabah.

Katanya, ahli persekutuan itu memberitahu majikan perlu mengurangkan jumlah pekerja atau menamatkan perniagaan mereka kerana tidak mampu memberi gaji minimum kepada pekerja.

Kadar gaji minimum ditetapkan pada RM920, sebelum dinaikkan kepada RM1,100 di seluruh negara mulai 1 Januari lalu.

Kulasegaran berkata, kementeriannya turut mempertimbangkan langkah meminda undang-undang buruh untuk menjadikannya lebih relevan.

Ia termasuk Akta Pekerjaan, Akta Kesatuan Sekerja, Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Akta Keselamatan Sosial Pekerja dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.