Dr M bakal kongsi pentas dengan pemikir Yahudi, Noam Chomsky

Dr M bakal kongsi pentas dengan pemikir Yahudi, Noam Chomsky

Dr Mahathir Mohamad dan Noam Chomsky akan menyampaikan ucapan di Pesta Demokrasi pada 11-17 Februari ini di ibu negara.

Noam Chomsky. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dikecam kerana pendiriannya terhadap Israel, bakal berkongsi pentas dngan pemikir Yahudi dari Amerika Syarikat, Noam Chomsky di satu persidangan mengenai politik dan isu Asia Tenggara.

Persidangan itu sebahagian daripada Pesta Demokrasi yang akan diadakan di Publika di ibu negara pada 11-17 Februari.

Forces of Renewal for Southeast Asia (Forsea), yang menganjurkan acara itu, berkata perdana menteri akan menyampaikan ucaptama.

“Chomksy, seorang profesor di Institut Teknologi Massachusetts akan mengulas mengenai politik Asia Tenggara,” kata ahli lembaga Forsea, Hishammuddin Rais.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.