Sultan Pahang dipilih Agong ke-16, Sultan Nazrin kekal timbalan

Sultan Pahang dipilih Agong ke-16, Sultan Nazrin kekal timbalan

Sultan Abdullah dipilih sebagai Agong berkuatkuasa 31 Januari, menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan 6 Januari lalu.

KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru bagi tempoh 5 tahun berkuat kuasa 31 Januari 2019.

Pemilihan Sultan Abdullah dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-251 (Khas) di Istana Negara hari ini.

Sultan Abdullah menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Januari lalu selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Disember 2016.

Mesyuarat tersebut turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai timbalan Agong bagi tempoh sama, menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.