
Baginda bertitah, solat hajat itu bertujuan memohon agar segala urusan berkaitan proses menuntut keadilan bagi pelajar Tingkatan Satu itu dipermudah, serta kebenaran dapat ditegakkan.
Baginda turut menyampaikan doa agar ibu bapa serta keluarga Zara Qairina dikurniakan ketabahan, kekuatan, dan kesabaran dalam menghadapi dugaan itu, menurut kenyataan dimuat naik di akaun Facebook rasmi Kesultanan Pahang.
Semalam, jenazah remaja berusia 13 tahun itu digali semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang, berikutan arahan Jabatan Peguam Negara yang berpendapat siasatan lanjut yang lebih menyeluruh perlu dijalankan.
Jenazah kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) malam tadi untuk proses bedah siasat, yang dijangka selesai hari ini.
Zara Qairina disahkan meninggal dunia di HQE I pada 17 Julai, selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.