
Bapa pengantin perempuan, Norzihan Rijaludin bersyukur majlis yang dirancang sejak 7 bulan lalu berlangsung meriah.
“Alhamdulillah, walaupun ada halangan, dengan pertolongan Allah, semuanya berjalan lancar. Saya nak berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan majlis ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

“Tapi ada hikmaknya, kerana ada tetamu yang tak dapat datang pada tarikh asal dapat hadir hari ini,” katanya yang mengundang 1,300 orang ke majlis hari ini, yang berlangsung di dewan SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata.

Pasangan itu turut diraikan oleh pemimpin kerajaan persekutuan dan negeri, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh dan Menteri Besar Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail.
Turut hadir calon Pakatan Harapan, M Manogaran.
Ramai pihak bersimpati dengan Harith dan Syazleen apabila mendapat tahu dewan yang bakal digunakan untuk perkahwinannya terpaksa diambil untuk kegunaan pilihan raya.
Mereka panik dan kelam kabut apabila mendapat tahu tentang pertembungan tarikh dan lokasi. Namun isu dapat diselesaikan selepas SPR menghubungi mereka.

“Sebelum buat apa-apa kenyataan selidik dulu. Kalau tak pasti, jangan perlu keluar kenyataan yang tak tepat dan mungkin memberi kesan negatif,” katanya.
Sementara itu, Syazleen kini menarik nafas lega selepas majlis berlangsung dengan lancar dan meriah.
“Semua sudah salasai dan segala dugaan sebelum ini ditempuhi dengan mudah,” katanya.
Beliau berterima kasih kepada SPR kerana membantunya menjayakan majlis.
“SPR dapatkan dewan dan ada juga bagi sumbangan,” katanya.