Krisis kepimpinan PPBM Perlis selesai

Krisis kepimpinan PPBM Perlis selesai

Setiausaha Agung Marzuki Yahya berkata langkah selanjutnya adalah penstrukturan semula barisan kepimpinan negeri.

Marzuki Yahya. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Krisis kepimpinan PPBM Perlis sudah diselesaikan, kata Setiausaha Agung Datuk Marzuki Yahya.

Tanpa mengulas lanjut, beliau berkata yang tinggal sekarang ialah penstrukturan semula barisan kepimpinan parti.

“Saya akan ke Perlis pada penghujung bulan ini dan akan memberi nasihat yang sewajarnya. Isu telah selesai, cuma dalaman perlu distruktur semula dan seterusnya mengorak langkah ke depan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Marzuki ditanya perkembangan terkini isu itu yang bermula apabila setiausaha negeri Wan Saiful Wan Jan digugurkan daripada barisan kepimpinan negeri yang didakwa dibuat atas alasan kesihatan.

Bagaimanapun Wan Saiful mendakwa dia digugurkan atas sebab lain yang melibatkan integriti barisan kepimpinan negeri.

PPBM pusat membuat keputusan pantas mengambil alih pengurusan parti negeri sehingga masalah itu diselesaikan.

Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilapor berkata kenyataan Wan Saiful yang beliau digugurkan kerana krisis integriti kepimpinan Perlis perlu diberi perhatian serius berikutan satu laporan polis turut dibuat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.