
Kenyataannya itu susulan aduan beberapa ketua Umno dan seorang ketua PKR yang menuduh beliau menghina Sultan Kedah, Tuanku Sallehuddin Sultan Badlishah.
Majlis pertabalan tersebut diadakan di Alor Setar pada 22 Oktober lalu.
“Saya bertanya kepada pegawai penyiasat berapa banyak aduan yang dibuat terhadap saya bersabit tulisan itu. Kata mereka 14.
“Inilah kali kedua saya disiasat bersabit tulisan saya yang menyentuh mengenai raja-raja,” kata Kadir, yang juga penasihat khas perdana menteri mengenai media dan komunikasi, dalam blognya.
Menurut beliau, sebelum ini beliau disiasat kerana aduan bersabit tulisan beliau bertajuk “Masukkan institusi raja dalam reformasi” yang disiarkan Sinar Harian pada 27 Mei lalu.
“Saya tidak ada masalah disiasat kerana ada ilmu yang boleh dipelajari ketika disiasat dan pencerahan yang boleh saya bagi kepada pegawai penyiasat ketika mereka menyiasat.
“Terima kasih banyak-banyak kepada peguam Haniff Khatri dan terima kasih kepada semua,” katanya.