Kementerian Pendidikan nafi beri dana khas pada Kolej Universiti New Era

Kementerian Pendidikan nafi beri dana khas pada Kolej Universiti New Era

Kementerian Pendidikan berkata, peruntukan khas itu diberikan secara terus oleh Kementerian Kewangan kepada IPTS itu.

Majlis penyampaian peruntukan dianjurkan Kementerian Kewangan yang turut dihadiri Teo Nie Ching (berdiri, 2 dari kanan) Jumaat lalu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Kementerian Pendidikan menafikan ia ada kaitan dengan dana khas yang diberikan kepada sebuah kolej swasta di Kajang, Kolej Universiti New Era pada Jumaat lalu.

The cheque presentation ceremony organised by the Finance Ministry which was attended by Deputy Education Minister Teo Nie Ching. (Facebook pic)

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini berkata, peruntukan khas kepada kolej swasta dikaitkan dengan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) itu, datang daripada Kementerian Kewangan.

Katanya, ia bukan sebahagian daripada RM652 juta yang diperuntukkan dalam bajet negara.

“Bagi Kolej Universiti New Era selaku institusi pendidikan yang bukan bermotifkan keuntungan, peruntukan yang diberikan adalah peruntukan khas Kementerian Kewangan yang diberikan secara terus kepada kolej itu dan tidak melalui Kementerian Pendidikan.”

Kenyataan itu menyusul tindakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mempersoalkan pemberian dana khas itu kepada Kolej Universiti New Era kerana kerajaan tidak pernah menyatakan sebarang pemberian bantuan kepada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu dalam Belanjawan 2019.

Majlis penyampaian dana khas itu dihadiri Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching pada Jumaat lalu.

Kementerian Pendidikan hari ini berkata, Teo menghadiri majlis itu atas jemputan Kementerian Kewangan.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional juga pernah memberi peruntukan kepada IPTS, iaitu Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman yang dikaitkan dengan MCA, antara RM30 juta hingga RM69.25 juta dalam Bajet 2012 hingga 2018.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan menasihatkan semua pihak mengelakkan budaya memainkan sentimen perkauman dan memanipulasi fakta demi menjaga perpaduan negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.