KPM teliti saringan keselamatan ke atas kakitangan sekolah bukan guru

KPM teliti saringan keselamatan ke atas kakitangan sekolah bukan guru

Timbalan Menteri Wong Kah Woh kata KPM komited untuk buat program dan pendekatan yang sesuai bagi menjamin keselamatan pelajar.

wong kah woh
KPM akan teliti keperluan buat saringan keselamatan ke atas kakitangan sekolah bukan guru, kata Timbalan Menteri Wong Kah Woh. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti keperluan membuat saringan keselamatan ke atas kakitangan sekolah yang bukan guru, bagi mengesahkan kesesuaian untuk bekerja dengan pelajar.

Timbalan Menteri Wong Kah Woh berkata KPM sentiasa komited untuk membuat program dan pendekatan yang sesuai bagi menjamin keselamatan pelajar sekolah.

“Bagi kami keselamatan anak-anak kita merupakan keutamaan. KPM akan melakukan segala program dan pendekatan sedia ada,” katanya semasa sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2026, mengulas gesaan Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) yang meminta KPM melihat cadangan membuat saringan keselamatan.

Saifuddin berkata kakitangan sedemikian tidak sama seperti guru yang terlatih. “Ini soal orang luar bertugas di sekolah seperti pengusaha kantin, pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan,” katanya ketika mencelah.

Pada 16 Okt lalu, Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan mempertingkat pengawasan ke atas semua kakitangan sekolah, ketika kebimbangan tentang kes-kes jenayah seksual dan keganasan di pusat pendidikan semakin meningkat.

Saifuddin yang mewakili Ahli Parlimen menyeru kerajaan mengambil tindakan segera dan drastik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.