Nama calon presiden UIA kini dengan Sultan Pahang

Nama calon presiden UIA kini dengan Sultan Pahang

UIA akan membuat kenyataan rasmi mengenai pelantikan presiden ke-8 selepas mendapat perkenan Sultan Pahang.

KUALA LUMPUR:
Kementerian Pendidikan mencadangkan beberapa nama bagi mengisi jawatan presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang baru kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi UIA berkata, Dr Mahathir menyerahkan nama itu kepada Ketua Perlembagaan UIA, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bagi mendapat perkenan baginda.

“Ia selaras peruntukan 25 (1A) Perlembagaan UIA (Pindaan 2018). Pihak universiti akan membuat kenyataan rasmi mengenai pelantikan presiden UIA ke-8 yang baru selepas mendapat perkenan tuanku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 6 Januari lalu, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik mengesahkan beliau tidak lagi memegang jawatan presiden UIA, walaupun tempoh pelantikan beliau sepatutnya berakhir 2021.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.