
Seorang pelajar wanita Universiti Al Azhar, Mesir dikenakan tindakan selepas videonya berpelukan dengan kekasih di khalayak ramai dalam kampus, tersebar di laman sosial.
Stepfeed melaporkan kejadian itu berlaku di Universiti Mansoura apabila seorang lelaki mengejutkan kekasihnya dengan sambutan hari jadi sebelum melamar gadis tersebut.
Satu klip video menunjukkan lelaki tersebut melutut untuk melamar dan kemudiannya gadis itu menerima lamaran dan mereka saling berpelukan.
Menurut pegawai universiti terbabit, pasangan itu kini disoal siasat dan dirujuk ke jawatankuasa tatatertib kerana dikatakan melanggar peraturan.
Siasatan awal mendapati lelaki itu adalah pelajar Universiti Mansoura, manakala pasangannya adalah pelajar Universiti Al Azhar.
Pegawai berkenaan juga menghubungi Universiti Al Azhar bagi memaklumkan mengenai pelajarnya yang dikenakan tindakan di universiti tersebut.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]
https://twitter.com/Tariq_S3/status/1080886300486631424