Mahkamah kembalikan pasport pada Musa Aman

Mahkamah kembalikan pasport pada Musa Aman

Dibenarkan pegang sementara untuk rawatan di luar negara

Gambar Bernama.
KUALA LUMPUR:
Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan pasport bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman diserah kembali buat semantara untuk membolehkan beliau menjalankan rawatan di London dan Singapura.

Hakim Rozina Ayub membenarkan beliau memegang pasport tersebut antara 15 Januari dan 10 Februari.

Bagaimanapun, Rozina mengenakan syarat, iaitu Musa wajib melaporkan di kedutaan United Kingdom dan Suruhanjaya Tinggi Singapura tiga hari sekali ketika berada di negara-negara itu antara Januari 23 dan Februari 8.

Beliau juga dikehendaki memaklumkan alamat tempat tinggal Musa sebelum diberi pasport dan pergerakan beliau terhad di London dan Singapura sahaja.

“Jika beliau ke tempat lain, jaminan ke atas beliau akan dibatalkan,” katanya.

Penjamin Musa, kata Rozina, mesti juga bertanggungjawab ke atasnya, dan tahu di mana beliau berada.

Beliau juga membenarkan syarat tambahan dikenakan untuk kadar jaminan ke atas pasport.

Kadar amaun jaminan ditetapkan 10% daripada amaun awal RM2 juta yang dibenarkan ketika Musa didakwa, dengan dua penjamin.

Musa wajib menyerahkan kembali pasportnya ke mahkamah apabila kembali pada 11 Februari.

Amer Hamzah mewakili Musa, sementara Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran mewakili pendakwa.

Musa mengaku tidak bersalah pada November tahun lalu atas 35 tuduhan berkaitan dengan konsesi balak, yang dikenakan di bawah Akta Anti-Rasuah 1997.

Kesalahan-ksalahan tersebut didakwa dilakukan 10 ke 14 tahun lalu di Singapura dan Hong Kong, dengan transaksi AS$28,500 hingga AS$16,148,547 yang membawa jumlah kepada RM263 juta.

Jika didapati bersalah, beliau berhadapan dengan penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau 5 kali jumlah rasuah, yang mana lebih tinggi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.