
PETALING JAYA: Vietnam hari ini memusnahkan harapan Malaysia merangkul Piala AFF buat kali kedua, selepas menewaskan Malaysia dengan agregat 3-2 pada perlawanan akhir di Hanoi hari ini.
Kali terakhir Malaysia memenangi kejohanan serantau itu pada 2010, menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2.
Pada perlawanan malam ini, Vietnam memenangi kejuaraan itu buat kali kedua selepas 2008, menewaskan Malaysia 1-0 di pusingan kedua perlawanan akhir di Stadium Nasional My Dinh.
Gol tunggal dijaringkan Nguyen Anh Duc di minit ke-6.
Vietnam menang dengan agregat 3-2, selepas kedua-dua pasukan seri 2-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Disember.