
Panel 3 hakim, dipengerusikan oleh Abdul Rahman Sebli, membebaskan Katheryna Ryabalchenko hari ini selepas pendakwa memutuskan tidak meneruskan perbicaraan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azmi Mashud memberitahu mahkamah, pejabat peguam negara telah menerima surat
perwakilan Katheryna tidak merayu atas pembebasannya itu oleh Mahkamah Tinggi.
Katanya, pendakwa memberitahu panel hakim notis di failkan pada 30 November lalu untuk menggugurkan kes berkenaan.
Katheryna, 29, guru Bahasa Inggeris yang berkhidmat di China, didakwa mengedar 1.4 kg methamphetamine di KLIA Sepang pada 15 Jun, 2015.
Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membebaskan wanita itu tahun lalu kerana bahan utama berkaitan kes tersebut tidak dibuktikan.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan, berikutan rayuan pihak pendakwa, memerintah tertuduh membela diri pada April lalu.
Empat bulan lalu, Mahkamah Tinggi, sekali lagi membebaskan wanita itu atas alasan pihak pendakwa tiada bukti dalam kes itu.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi memerintah dia ditahan reman di penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.
Dua bulan lalu, Mahmekamah Rayuan membenarkan wanita itu dibebaskan dari penjara sementara pendakwa membuat rayuan, tetapi dia tidak mampu membayar jamin sebanyak RM300,000. Maka, dia terus ditahan di Penjara Kajang.
Duta Ukrain Olexander Nechytaylo bersama staf hadir di mahkamah hari ini.
Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali Rafique, yang mewakili Katheryna, berkata kedutaan itu telah siapkan dokumen dan tiket kapal terbang untuk wanita itu kembali ke tanah airnya malam ini.
Dia dijadualkan tiba di kampung halamannya, Kiev, pagi esok untuk bertemu anggota keluarganya.