
Sumber dari institusi kehakiman berkata, rundingan antara pihak pendakwa kedua-dua negara dijalankan secara “telus”, termasuk janji Itali menyiasat Regeni kerana memasuki Mesir menggunakan visa pelancongan, bukannya visa untuk menjalankan penyelidikan ijazah Doktor Falsafah (PhD), lapor agensi berita Xinhua.
Pada Khamis, Roberto Fico dari Dewan Perwakilan Itali, mengumumkan penggantungan hubungan dengan Parlimen Mesir, sehingga siasatan kes itu dimuktamadkan.
Mesir dalam kenyataan balasnya pada Jumaat, kesal dengan tindakan Parlimen Itali yang disifatkan sebagai keputusan sepihak.
Regeni, pelajar siswazah Universiti Cambridge hilang di Kaherah pada 25 Jan 2016, tarikh sama dengan sambutan ulang tahun kelima pemberontakan Mesir.
Mayatnya dijumpai beberapa hari kemudian di tepi jalan raya dengan kesan didera pada anggota badan.
Presiden Mesir, Abdel-Fattah al-Sisi sebelum ini dilaporkan berikrar membawa pembunuh Regeni ke muka pengadilan dan menuduh terdapat konspirasi menjadikan kes itu untuk mewujudkan ketegangan dalam hubungan Mesir dengan Itali.