
Presiden PKR itu berkata, negara tidak boleh lari dari landasan kemelayuan dan Islam tanpa menafikan hak kebebasan kaum lain.
“Ada orang menganggap Malaysia Baharu ini akan meninggalkan Melayu dan Islam dan saya juga diserang oleh orang ‘super liberal’ dan dianggap Anwar bahaya.
“Saya mahu keadilan kepada semua rakyat tetapi tidak boleh melunturkan kecintaan saya kepada perjuangan kaum Melayu dan keyakinan saya kepada prinsip agama Islam dan saya percaya landasan ini tidak akan ditolak kerajaan yang ada,” katanya ketika menyampaikan ucapan Syarahan Za’ba bertajuk “Melayu dan Islam Dalam Era Malaysia Baharu” di Universiti Melayu hari ini.
Lantikan pengerusi PKR negeri
Dalam perkembangaan lain, Anwar menjelaskan tidak berbangkit isu pelantikan pengerusi PKR negeri oleh presiden kerana ia dibuat mengikut perlembagaan parti.
“Apa masalahnya? kenapa tidak tanya pengerusi Selangor, Pulau Pinang, kenapa tak tanya pengerusi Perlis?
“Ikut perlembagaanlah, saya ingat benda ini tak bangkitpun, hanya dibangkit oleh media, satu dua orang biasalah,” katanya mengulas rasa tidak buat hati akar umbi PKR Sarawak yang mempersoalkan pelantikan pengerusi negeri oleh presiden parti, bukannya melalui bahagian.