Takkan tak tahu baca papan tanda bahasa Melayu, kata Zuraida

Takkan tak tahu baca papan tanda bahasa Melayu, kata Zuraida

Menteri meminta semua negeri menetapkan semua papan tanda ditulis dalam bahasa Melayu.

Zuraida Kamaruddin berkata kementerian akan mengkaji keputusan kerajaan negeri bagi melihat keperluan papan tanda bertulisan Cina.
KUALA LUMPUR:
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin meminta semua negeri menetapkan semua padan tanda ditulis dalam bahasa Melayu, mengikut standard kerajaan persekutuan.

Ketika ditemui di ruang legar Parlimen, beliau berkata ia perlu dimulai dari sekarang supaya membaca bahasa Melayu menjadi kebiasaan.

“Semua orang mesti tahu membaca, sekurang-kurangnya tahu baca nama jalan. Takkan tidak tahu baca?” katanya ketika ditanya adakah perlu papan tanda dalam tulisan Cina di seluruh negara perlu diturunkan.

Zuraida berkata kementerian akan mengkaji dan menyemak keputusan kerajaan negeri bagi melihat keperluan papan tanda bertulisan Cina.

“Saya tak faham mengapa. Mungkin kawasan itu ada masyarakat Cina yang tidak boleh baca Melayu,” katanya.

Pada Isnin, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilapor mengarahkan semua padan tanda bertulisan Cina di ibu negeri diturunkan.

Sebelum ini, seorang penduduk Shah Alam di Twitter mempersoalkan kewajaran memasang papan tanda jalan bertulisan Cina di kawasannya dan kedudukan papan tanda jalan tulisan Jawi yang digunakan sebelum itu.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini berkata pemasangan papan tanda jalan bahasa Melayu dan bertulisan Cina itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Selangor pada 13 Januari 2017.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.