
Dalam satu kenyataan, One City Development Sdn Bhd berkata ia kecewa dengan peristiwa yang berlaku di sekitar penempatan semula kuil di USJ 25 yang “dipertimbang dan dirancang dengan teliti” walaupun terdapat fakta yang jelas mengenai kes itu.
Penempatan kuil itu adalah sebahagian daripada penyelesaian “menang-menang” di mahkamah pada 2014 yang melibatkan One City, kerajaan Selangor dan 2 pihak yang mengaku sebagai pengurusan kuil – K Chellappa dan M Nagaraju.
Chellappa dan Nagaraju, yang terlibat dalam saman berasingan terhadap kawalan pengurusan kuil, bersetuju menyerahkan tanah itu kepada One City selepas pemaju bersetuju menyumbangkan RM1.5 juta untuk pembinaan kuil baru di salah 1 daripada 2 lot tanah yang diberikan syarikat tersebut.
Chellappa dinamakan sebagai pengurus kuil yang sah, namun Nagaraju enggan mematuhi keputusan penghakiman untuk berpindah.
Selepas kuil itu menyerahkan hak untuk salah 1 daripada 2 lot tanah tersebut, One City memberikan pampasan RM1 juta lagi.
“Apa yang penting untuk diperhatikan ialah pihak-pihak yang kini membantah tidak setuju dengan pengurusan kuil yang sah pada 2014, yang terpakai untuk terikat dengan syarat keputusan penghakiman dan kini, dalam melakukan perubahan, bertentangan dengan apa yang mereka sendiri persetujui,” kata syarikat itu.
“Keprihatinan One City adalah jelas. Kami melakukan segala yang mungkin untuk mengurangkan sebarang gangguan kepada ibadah penganut di kuil, dan menyedia dan membayar tapak untuk penempatan semula kuil itu.”
Ia berkata tidak ada sebab mengapa penempatan semula kuil itu tidak dapat dilaksanakan secara aman dan teratur.
Ia menambah, bantahan penempatan semula dengan kekerasan akan menjadi penghinaan terhadap kedaulatan undang-undang dan mahkamah negara.
“Ini akan menjadi paling menyedihkan jika, di tengah-tengah rasa kebebasan dan ketelusan yang baru dibangkitkan pada pilihan raya umum baru-baru ini, kedaulatan undang-undang diabaikan, di sebalik sentimen yang salah.
“Bagi mereka yang berusaha untuk benar-benar menasionalisasi dan memburukkan masalah ini, kami katakan: semasa anda meminta orang lain menghormati undang-undang dan bersikap adil, anda harus melakukan perkara yang sama, walaupun jika berbuat demikian tidak seperti yang anda inginkan.”
Sekiranya kepentingan penganut benar-benar menjadi keutamaan bagi orang-orang yang menentang penempatan semula, ia menambah, mereka harus mengambil kira keinginan dan keselamatan semua penganut, bukan hanya mereka yang seangkatan dengannya.
“Kami mengesa agar perintah mahkamah dihormati dengan baik dan penempatan semula kuil itu dilakukan tanpa insiden.”