Siti Hasmah lancar kedai buku 24 jam pertama di Malaysia

Siti Hasmah lancar kedai buku 24 jam pertama di Malaysia

Terletak di Tamarind Square, cawangan BookXcess di Cyberjaya meliputi kawasan seluas 37,000 kaki persegi yang menawarkan lebih setengah juta buku meliputi pelbagai topik.

Isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali melancarkan kedai buku terbaharu BookXcess di Cyberjaya, yang disifatkan sebagai kedai buku 24 jam yang pertama di Malaysia.

Terletak di Tamarind Square, cawangan BookXcess di Cyberjaya meliputi kawasan seluas 37,000 kaki persegi yang menawarkan lebih setengah juta buku meliputi pelbagai topik.

Dalam majlis pelancaran itu Dr Siti Hasmah menandatangani plak yang memaparkan kata-kata dalam bahasa Inggeris bermaksud ‘Seorang wira buku dan berpegang teguh kepada kebaikan dalam membaca.’

Beliau turut menyerahkan sumbangan buku bernilai RM5,000 sebagai sokongan kepada pemupukan pembaca muda, masing-masing kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Union, Cyberjaya dan Sekolah Kebangsaan Cyberjaya, daripada Tujuan Gemilang Sdn Bhd, pemilik hartanah Tamarind Square.

Ketika berucap, pengasas BookXcess Jacqueline Ng berkata Tamarind Square adalah lokasi ketujuh kedai berkenaan selepas kedai BookXcess pertama dibuka di Amcorp Mall pada 2006.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.