Polis buru 3 remaja perempuan lolos pusat pemulihan akhlak

Polis buru 3 remaja perempuan lolos pusat pemulihan akhlak

Seramai 7 penghuni Asrama Akhlak Perempuan melarikan diri dengan memecahkan siling bumbung tandas asrama, namun 4 berjaya ditemui semula.

Keadaan siling bumbung tandas asrama berkenaan yang dipecah remaja perempuan terbabit.
ALOR SETAR:
Tiga pelajar perempuan dari Asrama Akhlak Perempuan, Jitra dekat Kubang Pasu dilapor melarikan diri dari asrama itu pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.00 pagi dan disedari pembantu kebajikan masyarakat selepas menerima aduan daripada penghuni lain pada pukul 1.17 pagi.

“Semasa kejadian, pengadu bersama seorang lagi rakannya menerima aduan daripada penghuni lain yang memaklumkan terdapat 7 penghuni melarikan diri dengan memecahkan siling bumbung tandas asrama berkenaan.

“Selepas membuat pemeriksaan, pengadu menemui semula 4 penghuni itu berhampiran asrama manakala 3 lagi penghuni yang semuanya berumur 16 tahun masih belum ditemui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail berkata mereka dipercayai meloloskan diri melalui laluan pagar dawai berduri di asrama itu berikutan terdapat kesan kerosakan pagar berkenaan.

Beliau berkata sehingga kini belum ada tangkapan dibuat dan usaha mengesan semua suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Sekyen 224 Kanun Keseksaan.

caption: (gambar remaja perempuan bersosial)
Polis dalam usaha mengesan semua suspek dan kes disiasat mengikut Sekyen 224 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.