Bagaimana kerajaan mahu tampung Belanjawan 2019, soal Wong Chen

Bagaimana kerajaan mahu tampung Belanjawan 2019, soal Wong Chen

Bagaimanakah kerajaan dapat 'menjana pengganda hasil' dengan memperuntukkan sebanyak RM314 bilion untuk belanjawan 2019?

Wong Chen berkata, kemampanan dan kebolehlaksanaan belanjawan masih tidak terbukti Wong Chen
KUALA LUMPUR:
Walaupun berpuas hati dengan Belanjawan 2019, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen bimbang tentang “beberapa perkara” dalam belanjawan pertama Pakatan Harapan (PH) itu.

Wong, dari PKR berkata, beliau bimbang bagaimana kerajaan dapat “menjana pengganda hasil” dengan memperuntukkan sebanyak RM314 bilion untuk belanjawan 2019 itu.

Katanya, belanjawan tersebut kelihatan seperti lebih menekankan aspek perbelanjaan, bukannya mengurangkannya, terutama sekali selepas perdana menteri mengisytiharkan negara berhadapan masalah kewangan yang buruk.

“Ini belanjawan berkembang. Ia kini mencecah angka RM314 bilion. Ini belanjawan besar, dan kita rasa bimbang.

“Soalannya, bolehkah kerajaan menampungnya. Di atas kertas, defisit belanjawan adalah sebanyak RM54 bilion.

“Mungkin kita boleh keluarkan bon bernilai RM54 bilion. Itu okay sebab defisitnya lebih rendah daripada jangkaan kita, iaitu 3.7% bagi tahun 2018. Pada 2019, defisit dijangka ialah 3.4%. Ini baik, sekurang-kurangnya kita dapat kurangkan defisit.

“Semuanya bergantung pada pelaksanaan. Bolehkan kita dapat wang yang mencukupi? Apakah agensi penarafan akan terima?

“Saya agak gembira kerajaan tidak memutuskan untuk berjimat, tetapi sebaliknya terus bergerak ke depan,” katanya.

“Mungkin Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mempunyai cara ‘di luar kotak’ bagi menyemarakkan ekonomi negara.

“Perdana menteri jelas merupakan pakar strategi dan beliau memutuskan untuk melangkah ke depan dengan belanjawan berkembang.

“Kita berhadapan dengan beberapa masalah ekonomi, dan jika kita tidak berbelanja, ia mungkin nampak munasabah, tetapi ekonomi tidak akan berkembang.

“Jadi mungkin beliau (Dr Mahathir Mohamad) memutuskan untuk mengambil pendekatan lain dengan terus berbelanja untuk mengembangkan ekonomi,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, kemampanan dan kebolehlaksanaan belanjawan masih tidak terbukti dan salah satu cara yng dicadangkan bagi menjana hasil kerajaan ialah melalui “kutipan hutang”.

Belanjawan 2019 mengunjurkan kutipan sebanyak RM1 bilion daripada hutang tidak dikutip ini berikutan amalan “rasuah” sebelum ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.