
DBKL menegaskan komitmennya untuk melaksanakan belanjawan bersasar dan berimpak tinggi bagi memenuhi keperluan semasa warga kota, sekali gus menjamin kesejahteraan serta kualiti hidup penduduk Kuala Lumpur.
“Fokus utama Belanjawan DBKL 2026 merangkumi aspek mitigasi banjir, kebersihan bandar, penambahbaikan infrastruktur bandar termasuk penurapan jalan, pelaksanaan inisiatif lestari niaga serta kerja-kerja penyelenggaraan Perumahan Awam dan Projek Perumahan Rakyat (PA/PPR) seliaan DBKL,” katanya dalam kenyataan.
Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab tuntutan Persatuan Kebajikan Kelestarian Komuniti Kuala Lumpur yang semalam menggesa DBKL menjelaskan status belanjawan tersebut.
Persatuan itu mendakwa tiada maklumat awam yang jelas sama ada belanjawan itu telah dimuktamadkan mahupun diluluskan.
Menurut mereka, walaupun DBKL mengadakan sesi dialog awam mengenai belanjawan tersebut pada Jun lepas, tiada sebarang libat urus susulan atau kemas kini diberikan mengenai projek dan inisiatif yang akan diteruskan tahun depan.
Penduduk turut tidak dimaklumkan sekiranya maklum balas yang diberikan semasa sesi tersebut diambil kira dalam cadangan belanjawan, atau jika terdapat sebarang pindaan