Menangis menyihatkan, membantu emosi kembali pulih

Menangis menyihatkan, membantu emosi kembali pulih

Menangis pada emosi tertekan, mampu mengalihkan semua emosi dalaman yang lain sehingga memberikan kelegaan secara menyeluruh.

Adakah kita berasa senang hati selepas episod menangis sepuas-puasnya? Jika benar, itu sememangnya nikmat di sebalik reaksi itu.

Apabila berlaku suatu insiden penuh emosi, maka kita akan memberi tindak balas dengan mengeluarkan air mata.

Menangis juga membolehkan kita mengeluarkan semua emosi yang terkongkong sehinggalah kembali normal.

Jelas ia menjadi respon yang menyihatkan kerana membantu menyingkir kimia negatif dari dalam tubuh.

Satu kajian oleh Pakar Biokimia di St Paul-Ramsey Medical Centre di Minnesota, Amerika Syarikat, Dr. William H. Frey II, mendedahkan lebih banyak kebaikan menangis.

Katanya, singkiran kimia (air mata) yang disebabkan emosi atau tekanan, berbeza dengan air mata yang keluar kerana faktor pemicu akibat sakit seperti iritasi.

Air mata yang keluar kerana dorongan emosi mengandung hormon protein seperti prolactin, adrenocorticotropic, dan leucine enkephalin.

Hormon tersebut membantu menghilangkan rasa sakit yang dialami sebagai respons tubuh terhadap tekanan.

Air mata yang dikeluarkan atas sebab emosi atau tekanan mental membantu penyaluran emosi yang lebih sihat.

Untuk melepaskan tekanan

Tangisan mengurangkan tekanan yang boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan dalam jangka panjang.

Air mata yang dikeluarkan kerana masalah emosional, terbukti memiliki tahap adrenocorticotrophic atau ACTH yang tinggi.

Air mata mengatasi duka

Bukan sekadar menyingkir elemen beracun dari dalam tubuh, menangis juga dapat memberikan manfaat psikologi.

Menangis dikatakan mampu meningkatkan mood, serta membantu diri menyesuaikan dengan situasi duka.

Dr. William H. Frey II.

Apabila menangis pada emosi tertekan, ia cenderung mengalihkan semua emosi dalaman yang lain sehingga memberikan kelegaan secara menyeluruh.

‘Pembersihan’ emosi ini dapat dilakukan, diikuti empati jika seseorang berhadapan dengan orang yang menangis.

Empati juga satu emosi yang menyihatkan secara psikologi.

Jadi dengan menangis, kita juga dapat mengatasi masalah kejiwaan yang serius termasuk depresi, post-traumatic stress, dan depresi selepas bersalin.

Bagaimanapun mengeluarkan emosi melalui tangisan tidak selalunya efektif bagi semua orang.

Ini kerana bagi mereka yang menderita gangguan emosi, lazimnya kebal terhadap kelegaan setelah menangis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.