Rakyat Sepanyol hidup lebih lama, diikuti Jepun, Singapura

Rakyat Sepanyol hidup lebih lama, diikuti Jepun, Singapura

Jepun yang dianggap mempunyai penduduk berusia tua pula terpaksa akur di tempat kedua dengan jangka hayat hidup sehingga usia 85.7 disusul Singapura 85.4 dan Switzerland 85.2.

Umur panjang umpama satu restu yang didambakan setiap orang. Manakan tidak, kalau hidup lama, tambahan pula sihat sememangnya menjadi impian semua orang.

Kalau selama ini kita anggap warga Jepun sahaja yang tahu rahsia umur panjang, survei terbaru mengubah hala ke arah rakyat Sepanyol, sekaligus mengesahkan mereka sebagai negara yang “panjang umur”.

Menurut penyelidikan, warga Sepanyol mempunyai kadar jangka hidup terpanjang iaitu 85.8 tahun.

Jepun yang dianggap mempunyai penduduk berusia tua pula terpaksa akur di tempat kedua dengan jangka hayat hidup sehingga usia 85.7 disusul Singapura 85.4 dan Switzerland 85.2.

Penyelidik meramalkan nombor ini akan kekal sehingga tahun 2040.

Kuasa besar Amerika Syarikat pula mengalami penurunan drastik iaitu dari kedudukan ke-43 pada 2016 ke kedudukan 64 untuk tempoh masa sehingga 2040.

Jangka hayat usia rakyat Amerika pula ialah 79.8 sebaliknya, China dengan populasi dunia terbesar meningkat dari tempat ke-29 ke kedudukan 39.

“Kami mendapati kemajuan ketara jangka usia ini bergantung kepada sistem kesihatan sesebuah negara,” kata pengarah Data dan Ilmu di Institute for Health Metrics and Evaluation (IHME), Kyle Foreman yang juga pemimpin penyelidikan.

Sepanyol menjadi negara Eropah yang melaksanakan perkhidmatan kesihatan yang dibiayai sepenuhnya dari kutipan cukai. Sistem penjagaan kesihatan negara itu bertaraf ketujuh daripada versi terbaik dunia Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Penyelidik yang menganalisis data dari projek Global Burden of Disease pada 2016 membuat ramalan jangka hayat dari 2017 hingga 2040.

IHME mengambil kira faktor-faktor penyakit dalam penyelidikan termasuk kencing manis, HIV / AIDS dan kanser divsamping diet dan tabiat merokok.

Penyelidik mendapati kebanyakan kematian awal disebabkan oleh tekanan darah tinggi, obesiti, tingginya gula darah, penggunaan tembakau dan alkohol.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.