
RIYADH: Arab Saudi memaklumkan hari ini sebuah jet pejuangnya terhempas membunuh semua anak kapal.
Sumber di Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan kepada agensi berita Saudi berkata, sebuah jet pejuang jenis Hawk milik Tentera Udara Diraja negara itu terhempas tengah hari semalam dan satu penyiasatan telah dilancarkan.
Menurut agensi berita Xinhua, ini merupakan kes kedua dalam tempoh beberapa bulan.
Pada Julai lepas, dilaporkan sebuah jet pejuang jenis Tornado pakatan tentera diketuai Saudi yang terlibat dalam perang di Yemen terhempas di wilayah Assir sewaktu kembali daripada misi latihan berikutan masalah teknikal.
Juruterbang jet tersebut bagaimanapun terselamat.