
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ini susulan 3 kes baru dilaporkan di Perak semalam.
“Mengikut pecahan, 34 kes termasuk 2 kes kematian dilaporkan di Perak, 25 kes di Kedah dan 24 kes di Selangor. Hanya 1 kes masih berada di hospital dan (pesakit) berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kementerian sedang menunggu keseluruhan keputusan daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh serta Makmal Keselamatan dan Kualiti Pulau Pinang bagi 10 sampel makanan yang dihantar untuk ujian.
Ia merangkumi 4 sampel mi laksa, 4 sampel kuah laksa dan 2 sampel bahan campuran salad untuk laksa.
“Untuk mengesahkan punca keracunan makanan memerlukan analisis menyeluruh dengan mengambil kira keputusan makmal, maklumat klinikal pesakit, analisa makanan yang terlibat dan penilaian persekitaran.”