Akibat berebut teman wanita, remaja ditikam guna sabit

Akibat berebut teman wanita, remaja ditikam guna sabit

Mangsa ditikam di perut dan mengalami beberapa kecederaan di kaki.

Suspek membawa beberapa kawan untuk menyerang mangsa.
PETALING JAYA:
Polis di Jawa Barat, Indonesia menahan seorang pelajar sekolah vokasional selepas menikam remaja lain kerana berebut teman wanita, lapor The Jakarta Post.

Pelajar berusia 17 tahun itu dilaporkan menuduh mangsa merampas teman wanitanya.

Menurut polis, kedua-dua remaja itu pada mulanya bertengkar melalui WhatsApp dan kemudiannya bersetuju untuk bertemu secara bersendirian. Bagaimanapun suspek datang membawa beberapa kawan.

“Mangsa ditikam di perut dan mengalami beberapa kecederaan di kaki. Dia masih menerima rawatan di hospital.

“Kami masih mencari sabit yang digunakannya (untuk menikam mangsa) kerana dia mendakwa membuangnya ke dalam sungai,” Ketua Unit Jenayah Polis Bekasi, Jarius Saragih dipetik sebagai berkata.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.