Anwar jumpa Daim bincang ekonomi negara

Anwar jumpa Daim bincang ekonomi negara

Presiden PKR itu berkata, pertemuan itu bertujuan membincangkan cara memperkasa ekonomi negara.

Anwar mengadakan pertemuan dengan Daim Zainuddin pada Isnin.
PETALING JAYA:
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menemui Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan yang juga bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin untuk membincangkan ekonomi negara, pada Isnin.

Anwar memuat naik 2 gambar pertemuan itu di Facebooknya.

“Hari ini (Isnin) meneruskan perbincangan dengan Tun Daim Zainuddin. Mencatur agenda yang jelas bagi memperkasa ekonomi untuk dipertimbangkan PM Tun Mahathir,” tulisnya dalam catatan itu.

Anwar dijangka bertanding di pilihan raya kecil Port Dickson selepas penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah melepaskan kerusi Parlimen itu, Rabu lalu.

Jika menang, beliau akan kembali ke Parlimen dalam persiapan untuk mengambil alih jawatan perdana menteri bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.