
Pengerusi PPBM berkata perancangan tersebut sebagai usaha mengurangkan jurang ekonomi golongan itu dengan kaum lain
“Tetapi kali ini kita akan tentukan segala yang diberi kepada orang Melayu tidak akan disalahgunakan. Jualan pemberian tidak akam dibenarkan sama sekali,” katanya ketika memberikan ucapan di majlis sambutan ulang tahun ke-2 PPBM hari ini.
Dr Mahathir berkata individu yang terlatih dan berpengalaman sahaja yang akan dipertimbangkan semasa menilai tawaran tender.
“Resume dan CV mereka akan diberi penekanan terutamanya berkenaan dengan tabiat mereka apabila berhutang termasuk hutang PTPTN,” katanya.
Jelasnya, sesiapa yang mendapat lesen, permit, kontrak dan lain-lain mestilah dilaksanakan dengan sendiri. Jika ianya dipindah milik atau dijual kepada orang lain, kesemua itu akan terbatal serta merta.
“PPBM tidak akan menjadi Umno Najib. Keutamaan kita bukanlah, apa yang kita dapat tetapi memajukan negara ke arah pembentukan negara yang maju.
“Tumpuan kita adalah agihan nikmat negara maju secara adil dan saksama,” katanya.
Sambutan ulang tahun ke-2 PPBM dihadiri lebih kurang 1,000 hadirin dan tamat pada jam 11.20 malam.
Turut sama hadir, isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohammad Ali, Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ketua Pemuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua Wanita Rina Harun.