Tipu tawar rumah, kedai, mampu milik, ahli peniagaan tidak mengaku salah

Tipu tawar rumah, kedai, mampu milik, ahli peniagaan tidak mengaku salah

Tertuduh didakwa memperdaya seorang wanita dengan menawarkan KMMJ dengan mangsa memasukkan wang dan menyerahkan cek berjumlah RM60,000 sebagai wang komisen.

Free Malaysia Today
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan. (Gambar Reuters)
JOHOR BAHRU:
Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas 5 pertuduhan menipu dalam penawaran Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan Kedai Mampu Milik Johor (KMMJ) bernilai RM66,000, 2 tahun lepas.

Tertuduh Umi Kalsom Jaafar@Jaffery, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Azureen Sahira Saufee Afandi.

Bagi pertuduhan pertama hingga ke-4, Umi Kalsom didakwa memperdaya seorang wanita dengan menawarkan KMMJ dengan mangsa memasukkan wang dan menyerahkan cek berjumlah RM60,000 sebagai wang komisen antara 24 Mei 2016 dan 19 Jun 2016.

Bagi pertuduhan ke-5, dia didakwa memperdaya seorang lelaki dengan menawarkan RMMJ sehingga mangsa menyerahkan cek bernilai RM6,000 sebagai wang komisen, pada 15 Julai 2016.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu antara 24 Mei 2016 hingga 19 Jun 2016 di Bank CIMB dan Chamek Kopitiam di Gelang Patah, di sini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Mohd Nasir dan tertuduh diwakili peguam Mohd Isa Mohamad Nasir.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan menetapkan 25 Sept ini untuk sebutan semula kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.