
Majistret, Che Rohana Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap remaja perempuan terbabit, selepas dia mengaku bersalah atas perbuatan itu dalam satu prosiding yang dijalankan secara tertutup hari ini.
Mengikut pertuduhan, remaja berusia 16 tahun itu didakwa menendang kucing yang diberi nama Mimi tanpa sebab munasabah di belakang kedai perabot, Lorong Seri Menerong 4, Taman Seri Menerong, Tasek Gelugor, pada 1 tengah hari 4 Mac lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 (semakan 2006) (Akta 647), tetapi dikenakan hukuman mengikut Seksyen 91(1)(b) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 601) kerana masih di bawah umur.
Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Mohd Zamri Ishak.
Video perbuatan remaja terbabit menyepak kucing itu sehingga jatuh ke dalam longkang tersebar di laman sosial. Kucing itu yang kini berusia 6 bulan di bawah jagaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.