
Jabatan itu berkata, satu Jawatankuasa Kawalan Import dan Eksport di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Kesihatan yang terdiri daripada pihak berkuasa kompeten ditubuhkan bagi membincang isu itu dari semasa ke semasa, terutamanya jika berlaku lambakan dari negara jiran.
“Setiap ahli jawatankuasa akan melihat peranan dan peraturan mereka yang boleh digunakan, termasuk mengenakan langkah SPS untuk mengawal kes sebegini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
“Jabatan perikanan akan mengadakan program pemantauan dan taklimat melalui program pengembangan dari semasa ke semasa kepada pihak berkepentingan dan awam melalui Majlis Perundingan Industri (MPI).
“Ini khususnya untuk bersama-sama membanteras isu ini, selain bertindak sebagai pemudah cara kepada pengimport atau pengeksport berdaftar,” katanya.