
Borang pencalonannya dihantar oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil 3 petang tadi.
“Saya juga bantu masukan borang pencalonan ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah.
“Beliau tidak dapat datang kerana berada di kawasannya untuk menjalankan tugas sebagai wakil rakyat,” katanya di ibu pejabat PKR.
Sementara itu, Fahmi mengumumkan beliau menghantar borang pencalonan bertanding ahli majlis Pimpinan Pusat PKR.
Beliau juga berkata mungkin tidak dapat meneruskan jawatannya sebagai pengarah Komunikasi PKR dan memberi bayangan jawatannya akan diisi calon lain.
“Tetapi buat masa ini saya masaih jalankan tugas saya,” katanya.