
Menteri Pengangkuatan Anthony Loke berkata tindakan itu dibuat susulan laporan terbaharu MH370 yang dikeluarkan semalam.
“Beliau tidak didapati bersalah atas apa-apa.
“Namun, selepas laporan tersebut keluar, beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan,” katanya pada sidang medianya di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Bernama melaporkan laporan akhir kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 setebal 449 muka surat yang dikeluarkan Pasukan Penyiasatan Keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa Malaysia (ICAO) Annex 13.
Laporan itu masih jauh daripada memberi jawapan yang ditunggu-tunggu masyarakat dunia sejak sekian lama, iaitu apakah yang berlaku di dalam pesawat berkenaan serta di manakah tempatnya bersemadi.
Malah, laporan itu merumuskan pasukan penyiasat tidak dapat memastikan punca sebenar kehilangan MH370 kerana ia tidak memperoleh maklumat daripada bangkai pesawat berkenaan, maklumat yang direkodkan alat perakam data penerbangan, alat perakam suara kokpit dan peranti rakaman lain pada pesawat itu kerana semuanya tidak ditemukan.