
Bekas presiden Barisan Nasional (BN) itu berkata, pengundi di DUN Sungai Kandis perlu faham kedua-dua parti komponen itu masih terkesan dari kekalahan besar pada pilihan raya lalu.
“MIC ada, tetapi kita faham mereka sudah melalui suatu keadaan yang mana mereka cuma menang hanya 1 bagi MCA dan 2 bagi MIC.
“Jadi dalam keadaan sedemikian mereka terpaksa melihat secara proses muhasabah diri sendiri apa kelemahan mereka dan memulihkan semula semangat serta kepimpinan mereka.
“Kita beri tempoh masa kepada mereka, namun pemimpin-pemimpin MIC ada turun datang membantu kempen kita,” katanya dalam sidang media di DUN Sungai Kandis, hari ini.
Najib turut berpandangan kempen BN pada PRK ini tidak akan terjejas walaupun akaun parti itu disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Tidak perlu wang yang banyak berkempen, kita gunakan wang yang paling minima, buat secara ‘low profile’ tetapi mesra rakyat dan lebih menyentuh hati daripada buat perjumpaan besar-besaran dengan khemah dan jamuan,” katanya.
Kerusi DUN Sungai Kandis kosong susulan penyandang kerusi berkenaan Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.
Pada PRU14 lalu, Mat Shuhaimi Shafiei menang dalam pertandingan 4 penjuru dengan majoriti 12,480 undi.