Jamal mengaku bersalah sebabkan mudarat awam

Jamal mengaku bersalah sebabkan mudarat awam

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu mengaku bersalah bagi pertuduhan memecahkan botol arak di depan Bangunan SUK Selangor tahun lepas.

Free Malaysia Today
Jamal Yunos sebelum ini bersembunyi di Indonesia hampir 2 bulan sebelum dihantar pulang Khamis lalu.
SHAH ALAM:
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak di depan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor tahun lepas.

Beliau dituduh di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan ketika dibawa ke Mahkamah Majistret untuk sebutan kes hari ini.

Jamal, yang didakwa pada 25 Mei ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Ampang, dibawa ke Mahkamah Majistret dengan kawalan rapi polis.

Beliau bersembunyi hampir 2 bulan, tetapi dihantar pulang ke Malaysia dari Indonesia Khamis lalu selepas ditahan polis republik itu pada Isnin.

Beliau ditahan sejak Jumaat lepas, selepas permohonan ikat jaminnya ditolak Mahkamah Majistret Ampang.

Beliau didakwa melarikan diri dari tahanan polis pada 25 Mei semasa dalam proses melengkapkan jaminannya bagi beberapa tuduhan jenayah.

Saya alami mimpi ngeri di Indonesia, kata Jamal di mahkamah

Mahkamah tolak ikat jamin selepas Jamal mengaku tidak bersalah

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.