
Menteri Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata pegawai kementerian sudah diarah untuk memberikan laporan lengkap mengenai projek itu, yang dijenamakan semula kepada KR1M 2.0 selepas inisiatif pertama mengalami kontroversi mutu dan harga barangan.
“Laporan itu sekarang dalam pembikinan. Saya akan cuba dapatkan beberapa maklum balas,” katanya.
KR1M diperkenalkan pada 2011, melalui kerjasama kerajaan dan pihak swasta, untuk menyediakan produk harga murah kepada golongan miskin bandar. Ia dilancarkan semula sebagai KR1M 2.0 pada Februari lalu dengan model baharu.
Inisiatif pertama dikendalikan oleh pasaraya terkemuka, Mydin, dan kini ia dikendalilah oleh Kumpulan Tunas Manja (TMG) dan KK Super Mart.
Saifuddin berkata tiada tempoh masa diberikan dalam pembikinan laporan itu.
“Bila saya teliti perkara itu, sudah tentu akan membabitkan pengendali dan sebagainya. Bila saya buat keputusan, keputusan itu akan membabitkan semua,” katanya.