
“Tidak benar sama sekali. Saya tidak akan menggunakan aset kerajaan untuk kepentingan diri sendiri dan tidak berada di Perlis pun. Semuanya palsu dan dusta semata-mata,” katanya dalam Twitternya @MSabu_Official.
Video selama 27 saat itu dimuat naik hari ini oleh seorang pengguna Facebook yang mendakwa presiden Amanah itu menggunakan helikopter kerajaan bersama keluarga isteri untuk bersuka ria pada Aidilfitri di Jejawi, Perlis selepas dilantik sebagai menteri.
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu bersama 12 lagi anggota Kabinet lain mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di depan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, di Istana Negara pada 21 Mei lalu selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum ke-14.