PM arah anggota pentadbiran termasuk menteri isytihar harta

PM arah anggota pentadbiran termasuk menteri isytihar harta

Dr Mahathir juga memutuskan pegawai kerajaan tidak dibenarkan memegang lebih daripada 5 jawatan.

Free Malaysia Today
Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak boleh sembunyikan rasuah yang dilakukan pegawai atau anggota pentadbiran. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Semua anggota pentadbiran termasuk menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik dikehendaki mengisytihar harta masing-masing kepada perdana menteri.

Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengumumkan langkah itu berkata maklumat yang diterimanya tidak akan disembunyikan, sebaliknya akan turut disampaikan kepada agensi bertanggungjawab berkenan pencegahan rasuah.

“Perdana menteri tidak boleh sembunyi rasuah yang dilakukan oleh pegawai atau anggota pentadbiran yang lain,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan di Perdana Putra hari ini.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Negara (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Selain itu, Dr Mahathir berkata mesyuarat tersebut turut memutuskan pegawai kerajaan tidak dibenarkan memegang lebih daripada 5 jawatan bagi mengelakkan masalah penyelewengan dalam pemberian kontrak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.