
KUALA LUMPUR: Bekas timbalan gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus antara calon yang dipertimbangkan untuk menggantikan Gabenor sekarang Tan Sri Muhammad Ibrahim jika beliau meletakkan jawatan, kata 2 sumber.
Kerajaan sedang membincangkan perletakan jawatan Muhammad dan pengumuman akan dibuat seawal Rabu, menurut mereka yang menyedari perbincangan tersebut.
“Terdapat perbincangan sedang diatur dengan Nor Shamsiah Mohd Yunus,” kata satu sumber kerajaan yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan. Belum ada keputusan setakat ini.
Nor Shamsiah meninggalkan BNM selepas tempoh perkhidmatannya berakhir pada November 2016.