Projek baik pulih bangunan bersejarah pula dibatal?

Projek baik pulih bangunan bersejarah pula dibatal?

Lebih banyak projek dan kontrak kerajaan sebelum ini dijangka dibatalkan.

PUTRAJAYA:
Selepas membatalkan projek berbilion ringgit MRT3 dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, kerajaan hari ini mengumumkan semakan projek bernilai lebih kurang RM10 bilion, termasuk kontrak bernilai RM350 juta untuk kerja pengubahsuaian Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng juga mengumumkan semakan bagi “perbelanjaan operasi yang tidak penting” seperti perkhidmatan rundingan, pembersihan, naik taraf komputer dan acara promosi.

“Dalam jangka panjang, kerajaan akan menjimatkan berbilion ringgit apabila projek-projek ini dibuka untuk tender semula atau dibatalkan terus,” katanya hari ini.

Lim juga berkata defisit fiskal yang diunjurkan dijangka meningkat kepada RM40.1 bilion daripada RM39.8 bilion yang mana akan mengekalkan defisit belanjawan kerajaan persekutuan pada 2.8% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.

“Tambahan, baki sedia ada kerajaan juga akan kekal positif.”

Beliau juga berkata Putrajaya dijangka memperoleh lebih kurang RM5.4 bilion dalam bentuk hasil atas peningkatan harga minyak, dan lebih kurang RM5 bilion dalam bentuk dividen daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Khazanah, Petronas dan Bank Negara, dan lebih kurang RM4 bilion daripada pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan pada September.

Sementara itu, Reuters melaporkan Lim sebagai berkata Malaysia sudah membayar sebanyak RM143.75 juta untuk bayaran kupon bon bagi 1MDB yang tertunggak pada Rabu.

“Kita sudah selesaikan bayaran itu…saya sudah tandatangan dengan hati berat, dan bayaran itu sudah dibuat,” katanya.

Kerajaan baru yang baru mengambil alih bulan ini berkata 1MDB tidak mampu membayar hutangnya tetapi kerajaan akan bertanggungjawab ke atas hutang syarikat kerajaan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.